Awal bulan lepas ketika aku sedang bercuti dan lalu di kawasan pejabat pos, aku terbaca satu article mengenai tarikh akhir pembayaran saman dan diskaun yang diberi kepada pemandu-pemandu yang dikenakan saman kerana melanggar peraturan lalu lintas yang membuat pembayaran saman pada tempoh yang ditetapkan. Kebetulan pada hari tersebut aku pergi ke pejabat Pos untuk membuat kiriman barang kepada adik aku yang berada di luar negara. Sementara menunggu giliran, aku perhatikan seorang demi seorang pelanggan membuat bayaran saman. Sebaik sahaja nombor giliran aku dipanggil, akupun pergi ke kaunter untuk urusan kiriman aku tadi. Selesai sahaja berurusan, aku tergerak untuk menyemak rekod kesalahan lalu lintas atas nama aku (jika ada). Alangkah terkejutnya aku apabila pegawai pos tersebut memaklumkan kepada aku bahawa terdapat 6 saman telah dikeluarkan atas nama dan kenderaan milik aku. Kesemuanya atas kesalahan melanggar had laju di lebuh raya. Alang-alang sudah berada di pejabat pos dan kebetulan adanya 50% potongan maka aku pun menjelaskan keseluruhan jumlah saman tersebut. Aku bukan berbangga kerana mendapat saman tetapi apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah 'kenapalah aku perlu melakukan pembaziran walhal ianya boleh dielakkan dan dalam kawalan aku sendiri'. Hemm..tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment