Awal bulan lepas ketika aku sedang bercuti dan lalu di kawasan pejabat pos, aku terbaca satu article mengenai tarikh akhir pembayaran saman dan diskaun yang diberi kepada pemandu-pemandu yang dikenakan saman kerana melanggar peraturan lalu lintas yang membuat pembayaran saman pada tempoh yang ditetapkan. Kebetulan pada hari tersebut aku pergi ke pejabat Pos untuk membuat kiriman barang kepada adik aku yang berada di luar negara. Sementara menunggu giliran, aku perhatikan seorang demi seorang pelanggan membuat bayaran saman. Sebaik sahaja nombor giliran aku dipanggil, akupun pergi ke kaunter untuk urusan kiriman aku tadi. Selesai sahaja berurusan, aku tergerak untuk menyemak rekod kesalahan lalu lintas atas nama aku (jika ada). Alangkah terkejutnya aku apabila pegawai pos tersebut memaklumkan kepada aku bahawa terdapat 6 saman telah dikeluarkan atas nama dan kenderaan milik aku. Kesemuanya atas kesalahan melanggar had laju di lebuh raya. Alang-alang sudah berada di pejabat pos dan kebetulan adanya 50% potongan maka aku pun menjelaskan keseluruhan jumlah saman tersebut. Aku bukan berbangga kerana mendapat saman tetapi apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah 'kenapalah aku perlu melakukan pembaziran walhal ianya boleh dielakkan dan dalam kawalan aku sendiri'. Hemm..tepuk dada tanya selera.
Pembaziran
Wednesday, February 2, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Dulu & Sekarang
Apa yang ingin aku berkongsi cerita pada kali ini adalah mengenai bezanya pasangan pengantin dulu-dulu dan pengantin zaman sekarang. Aku percaya mana-mana ibu bapa yang membaca kisah ini pastinya akan mengangguk kepala tanda setuju dengan apa yang ingin aku sampaikan ini.Aku masih ingat di kala aku menjadi pasangan raja sehari 23 tahun yang lalu, sebagai pengantin perempuan, aku diingatkan berulang kali oleh ibu dan kakak aku agar menjaga tatalaku ketika di atas pelamin. Nak mendongak kepalapun aku tak berani. Pastinya kakak aku akan membeliakkan matanya apabila sesekali aku menjelingkan mata ke kiri untuk melihat mana kawan sekolah aku yang telah berjanji untuk hadir di majlis persandingan aku. Aku dilarang sama sekali menjeling sana sini apatah lagi untuk ketawa. Serba serbinya perlu dijaga. Sungguh menyeksakan ketika itu. Tapi kini aku lihat pasangan pengantin tidak segan silu lagi untuk berposing dengan aksi manja di hadapan tetamu, ketawa dan sebagainya. Mungkin aku yang ketinggalan zaman ataupun itulah yang dikatakan peredaran zaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)